On Tuesday, I left for Malacca dengan nawaitu untuk menemankan mama yang outstation sorang2 di sana.. dah berapa tahun tak jejak kaki to that historical town.. as usual, setiap kali pergi bercuti, I don't want to a high expectation on anything sebab takut kecewa bila apa yang diexpect tak dicapai.. so for me, "anything also can!".. and there we were, in Malacca, after a 2-hour driving.. while waiting to check-in at 3pm, we ronda2 around the town and isi perut yang dah rancak menyanyikan lagu rock..burp! Alhamdulillah~ then we checked in.. the hotel was okay.. and the rest of the tuesday, kami berehat di bilik selain turun ke cafe di bawah untuk makan.. malam itu, mama told me that there'll be a trip for ahli keluarga pekerja yang ikut.. so, while they're having meeting in the conference hall, kami, anak2 dan para isteri/suami yang ikut and tak buat apa2 ni, boleh la pergi jalan2 beramai2 dengan menaiki van2 yang disediakan.. aturcara masa dan tempat2 yang akan dilawati dah pun berada di dalam tangan.. sambil tengok, sambil fikir.. nak pergi ke taknak?? memandangkan mama cakap yang golongan sebaya saya macam takde yang ikut and yang ikut cuma aunty2 bersama anak2 kecil/muda dari saya, maka, I felt berbelah bahagi untuk ikut serta... hmmmm... kalau ikut, takut boring takde geng yang sekepala untuk berborak.. tapi kalau tak ikut, masyaAllah boringnya duduk sorang2 di hotel!! sampai ke pagi saya fikir.. celik je mata pagi tu, at last, I made up my mind! and I'm going! cuz I hate spending my time alone without doing anything! takde geng pun, takde geng la! dan dari situlah kegembiraan saya bermula..
Luckily, saya dapat menyesuaikan diri dengan aunties di sekeliling.. maniskan mulut memberi senyuman, ringan2kan mulut untuk bercakap dan berborak tentang perkara2 yang sesuai, dan diam bila tak tau nak cakap apa/takde perkara yang sesuai untuk dicakap,..itulah tactic saya! yes, memang anak2 yang para aunty2 bawa semuanya muda dari saya.. terasa diri ini tua pulak tiba2.. tapi nak tau dengan siapa saya paling rapat sepanjang trip tu?? merakalah Imran dan Ayol, kanak2 lelaki yang berusia 7 dan 6 tahun, respectively.. :) mereka very chomel! saya berkenalan dengan Ayol di lobby, sementara menunggu semua orang berkumpul.. Ayol sangat murah dengan senyuman.. tanya nama,senyum.. tanya umur,senyum.. tanya sekolah di mana, senyum... sampai saya tak tau macam mana nak berkomunikasi dengannya.. then saya ternampak seorang lagi kanak2 lelaki yang mempunyai saiz badan yang lebih kurang sama macam Ayol, tapi kecik sikit.. Saya pun persuade Ayol untuk berkawan dengan that boy.. reaksi Ayol macam biasa,senyum...
Semasa bersiar2 sambil snap beberapa keping photos di dalam living museum di Kg Morten,our first stop, saya ternampak seekor kucing betina yang sedang berlegar2 di situ.. teringat Pit and Potty di rumah.. tanpa segan silu, saya terus belai bulu kucing yang gebu tu.. tiba2, ada dua orang manusia menghampiri saya dan kucing tersebut.. owh, Ayol and that boy rupanya.. right on time! hehe! soalan pertama,
"Adik suka kucing??"..
"Suka!", jawab mereka sambil mengangguk perlahan2..
"Adik ada kucing kat rumah??"..
"Ada!", mereka jawab..
dan belum sempat saya menanyakan soalan yang seterusnya, masing2 dah laju bercerita tentang kucing2 masing2 dengan penuh bersemangat dalam nada yang sedikit pelat.. walaupun ada cerita mereka yang saya tak berapa faham, saya cuba untuk dengar dengan penuh khusyuk,sambil senyum dan mengangguk2kan kepala,sambil kadang2 cakap "owh".. bijak sungguh budak2 ni,getus hati..
Back in the van, heading to our next destination, terkejut saya bila ibu Ayol beritahu saya yang Ayol and that boy dah buat temujanji untuk mandi di swimming pool hotel sama2 pukul 5 petang nanti.. aik,tak nampak pun diorang borak2 tadi?? saya pandang Ayol yang duduk di sebelah, minta kepastian.. Ayol tersipu2 senyum..confirm la tu.. dalam hati, saya happy sebab bonding dah terjalin di antara 2 orang kanak2 yang comel ini.. lawatan hari itu diakhiri dengan kami semua lunch bersama2.. barulah saya tau yang that boy namanya Imran.. di meja makan, Imran sanggup duduk jauh sikit dari ibunya semata2 nak duduk makan bersebelahan dengan Ayol.. seronok jugak tengok diorang makan sama2.. cute giler! tak jemu mata memandang.. sempat la juga saya melayan diorang makan.. scoopkan ice-cream untuk diorang, walaupun Imran nak scoop sendiri tapi tangan dia tak cukup panjang.. hehe
Keesokan harinya, masih ada trip macam semalam, but we're going to another different place.. this time, i felt hesitate to join not because of afraid takde geng, but because of gastric yang melanda.. ouch! tapi gagahkan juga diri untuk join memandangkan saya fikir, gastric saya akan bertambah teruk kalau saya terperap dalam bilik sorang2.. sampai di lobby, I saw Imran dan Ayol tengah main kejar2.. tak mampu untuk join mereka,cuma mampu senyum dari jauh aje.. masa tengah leka melihat gelagat diorang, tiba2 diorang berhenti main, dan Imran yang sedang memegang handphone ibunya berbisik sesuatu pada Ayol sambil memandang2 ke arah saya.. "haa...kenapa tu..??", saya tanya mereka dari jauh sambil tersenyum.. barulah mereka berani mendekati saya dan tunjuk screen handphone tu pada saya.. saya ingatkan diorang nak minta nombor telefon saya.. rupa2nya nak tunjuk gambar kucing2 yang Imran bela.. buat suspen je.. dalam van, Imran pindah tempat duduk.. dari duduk di depan dengan ibu dan kakak2nya, dia pindah ke belakang dengan saya,Ayol dan ibu Ayol.. nasib baik muat.. sayang betul Imran pada Ayol,sahabatnya yang baru dikenali semalam.. sepanjang perjalanan, saya tak banyak cakap macam semalam.. saya cuma tumpukan perhatian pada perut yang bila2 masa je akan sakit.. selepas ke Perigi Hang Tuah, kami ke Jonker Street dan Dataran Pahlawan.. and guess what? I love Jonker Street! gastric saya pun dah beransur pulih.. Alhamdulillah.. walaupun cuma dapat beli 1 barang, tapi rasa best sebab dapat cuci mata..and best sebab dapat jalan dengan Imran dan Ayol sambil melayan karenah dan pertanyaan2 mereka tentang mcm2 benda yang kadang2 buat saya tergelak di tengah jalan.. sebelum berpisah, Ayol sempat bubbye saya.. Imran pulak tak tau hilang ke mana.. sedih jugak sebab tak sempat bubbye dia..
Malam itu pulak, saya berkenalan dengan Wafa, kanak2 perempuan yang comel dan kecik molek berusia 6 tahun.. tak sangka pulak saya akan rapat dengan Wafa dengan begitu cepat.. tersentuh saya bila dia panggil "akak,akak.." dengan gaya manjanya dan mengajak saya duduk dengannya.. terharu bila tangannya tak lepas dari menggenggam tangan saya yang kasar ini..
Dalam perjalanan pulang ke KL, banyak silent thoughts yang bersiar2 dalam otak saya ni..
- 14 tahun akan datang, manusia yang bagaimanakah kanak2 ini akan jadi..??
- Kalau saya ditakdirkan memiliki adik/anak kecil, bagaimanakah cara saya melayan mereka??
- Mampukah saya yang banyak kelemahan ini mendidik mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat??
- Bagaimanakah corak yang akan terhasil daripada kain2 yang putih bersih itu..??
No comments:
Post a Comment