Tuesday, February 8, 2011

Post CNY, teringat Calvin.


Cuti CNY dah habes. Tak payah nak nanges2, tak payah ngada2 nak buat2 demam, tak payah bazir air liur nak merungut2, bagi lah alasan pape pun, in the end, kena balik shah alam jugak! Sighh. Kemalasan melanda diri.

...Minggu ni didedikasikan khas untuk kuiz, assignment, presentations dan meeting.

Semalam ada 3 kuiz. Hari ni ada 1 kuiz, 1 presentation. Besok ada meeting. Pastu assignment lagi, lagi dan lagi. Dan present lah lagi, lagi dan lagi. Terima kasih cikgu!

Now tgh tunggu Mimi habes meeting. Cepatlah habes Mimi oiii. Aku laparrr!

Time stress2 camni, tetiba teringat kat komik Calvin & Hobbes. Korang penah baca tak komik tuu?? Alaa. Yg selalu terpampang kat dalam surat khabar tuu. Yang comel2 tuu. Sape yg tak penah kenal si budak Calvin nii, pasni sila pegi kedai, beli suratkhabar The Star/NST, pastu carik lah dia kat dalam tu okayy! InsyaAllah ada..Kalau malas gi kedai, google sajeee. hehe. Aku kalau dapat suratkhabar, memang terus attack bahagian komik dulu. Dah tak nampak benda lain dahh. Apa jadik kat dalam dunia pun aku tak tau. Teruk kann?? Tetiba terasa nak berubah. Kena start baca paper, dan amek tahu hal2 dunia. Sampai bila nak jadik katak arnab bawah tempurung?? (Eh?? Arnab muat ke kalau nak sumbat bawah tempurung?? Err. Baby arnab boleh kott.)

Tadi masa tgh jawab quiz, teringat this one strip yg aku penah baca. Kelakar kott. Tersengih sorang2 mcm orang gila. Nasib baik takde orang nampak. Ni semua si budak Calvin tu punya pasal! Sengal. Korang baca lah sendiri. Ok bye! :)



Question: What happened in Concord in 1775?

Calvin wrote: Let's be honest. You're asking me about Concord? I rely on the bus driver to find my own house from here. Concord could be on Neptune for all I know. And what happened 220 years ago? I'm a kid. I don't know what's going on NOW. I don't have a shred of context for any of this. It's hopeless, Miss Wormwood, hopeless.

Calvin said: We both try to demoralize each other :D



Terbaik ye Calvin!
Syabass!

No comments:

Post a Comment