Petang semalam ketika sedang menunggu masuk waktu solat fardhu Maghrib bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan2 yang sewaktu dengannya.
tenenet-tenenet! *1 message received*.
Tangan terus dialih ke telefon bimbit di atas meja lantas membaca kandungan mesej yg diterima.
Termenung sejenak.
Lalu, tet tet tit tet tit tit..tet...tet.... Pantas jari-jemari memicit keypad di ruangan "Create message" telefon bimbit nipis berwarna putih jenama Nokia.
(Ayat entry kali ni nak skema. So bare with it!)
Setelah habes menaip, butang "Send" ditekan sambil meng-check ayat2 yg telah ditaip. Pendek namun penuh makna. Penuh dengan perasaan pasrah, redha dan sabar. Mungkin.
Sebelum message di-send, perkataan "Insert recipient" terpapar di screen. Oh, aku tak tekan reply rupanya tadi. Patut lah punn dia suruh insert recipient. Ye, aku sedang menggambarkan recipient nye dalam kotak minda ku. Aku pasti siapa recipient nya, pada masa yg sama, otakku sedang me-rewind-rewind isi kandungan message yg bakal di-send.
Terus, laju sahaja tangan ni menari-nari di atas screen telefon bimbit putih itu sambil melihat deretan contacts. Satu contact telah di"select" di bawah pengaruh luar sedar, tanpa berfikir panjang lantas butang "Send" terus ditekan.
Message sent.
Message delivered to......
ehhh?? Biar betul!!
Inbox di-check utk mendapatkan kepastian.
Ya ALLAHH!! Biar betull??!!!
Aku salah send msg!!! Camne boleh ter-send kat dia!!!
Ya Allahhh!!! Malunyeee!!!
Seperti kelam dunia ku ketika itu. Seperti gelap gelita. Seperti aku tidak berada di dunia yg nyata.
Tolong cakap ini mimpi! tolong cakap ini mimpi!
Oh tidak, aku tak mimpi. Ini reality.
Mesej telah diterima oleh org yg salah. .
Apa aku nak buat ni, apa aku nak buat ni!
Sumpah malu-gila-sampai-rasa-macam-nak-tutup-muka-dengan-tudung-saji!
Ligat otakku mencari2 jawapan, camne lah aku boleh tertekan nama dia, camne lah aku boleh tak sedar..?? Lain yg otak aku cakap, lain yg tangan aku buat. Ya Allahh. Kenapa niiii??
Terkejut housemate ku mendengar jeritan ku. Menggelabah gila! Sakit tekak jerit, sampai terguling-guling atas karpet sambil menutup muka dengan kedua belah telapak tangan, dan mulut masih tidak berhenti-henti menjerit dan diselang seli dengan perkataan "Ya Allah", "Camne ni!", "Kenapa ni!". Pastu jerit lagi.
Mcm lah kalau jerit sampai berdarah tekak, mesej tu boleh patah balik ke phone aku. Nasik dah jadi bubur! Urghh! Frust dgn diri sendiri. Terkeluar perkataan "I hate myself" dari mulutku lantas ku terus beristighfar.
Alunan merdu azan Maghrib dari kaca televisyen menenangkan ku.
Terbaring aku lemah disitu setelah kepenatan menjerit dan berguling-guling di atas karpet di ruang menonton di hostel ku yang kecik tapi selesa.
Dalam benakku terfikir, mungkin penerima tak diundang itu sudah baca mesejku. Me-rewind kembali bait2 ayat yg ditulis. Memang penerima tak diundang tu akan faham dgn apa yg ditulis dengan hanya skali baca je. Dia seorang yang bijak pandai. Cepat pick-up. Bukan seperti aku yg kadang2 blur tak tentu pasal.
Tapi out of hundreds of people on my contact list, kenapa dia yg aku tersalah tekan?? Salah otak ku kah?? Salah tangan ku kah?? Salah kecuaianku kah?? Salah kedunguan ku kah??
Tidak ingin ku membenarkan org lain baca mesej itu selain penerima yang sah. Tidak ingin ku memberitahu perasaan ku kepada manusia yg sudah menjadi asing. And most of all, biarlah penerima tak di undang tu jadik org yg terakhir tau tentang isi hatiku. Tetapi. kini dia sudah tau.
Ya Allah, aku malu! Rasa nak nanges pun ada! Tak suka.
Harapanku selepas ini, mudah-mudahan tak cuai lagi. Bantulah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ini, Ya Allah... Ameen.
salam...rasa nak gelak lak baca...benda dah jadi la cik kak...nak wat camne...wat tak tahu sudah la...ish2...cepat gelabah jugak hang nih
ReplyDelete